Rabu, 30 Disember 2015

Quilling Typography Dina

Assalamualaikum semua.
Harap-harap sentiasa ceria la kan? Maklum la, dah nak bukak sekolah ni, mesti la kena ceria dan ada azam baru! Baiklah, kali ni saya masih lagi nak kongsikan tentang quilling typography.
 
 
Macam mana dengan design kali ni? Boleh la kot setakat jadi rujukan dan boleh dijadikan ilham untuk anda yang baru mula minat quilling ni. Kita geng okay? Sama-sama belajar. Hehe. Untuk tempahan kali ni memang betul-betul ikut arahan si bosnya. Haha, si customernya la kan? Sape lagi. Setiap bentuk dan bunga quilling tu memang ikut warna yang customer nak. Sama jugak dengan jenis coraknya. Nak bunga 2 kuntum dengan bunga lavender gitu. Saiznya macam biasa yang pernah saya buat sebelum ni. Separuh dari separuh A4. Faham ke? hee, kiranya separuh daripada saiz buku tulis coklat yang murid-murid guna kat sekolah.
 
 
Susun jangan tak susun. Senget pulak nanti kena marah. haha.
 
 
Yang ni proses menampal batu. Biasanya saya letak 10 biji batu untuk saiz yang macam ni. Nak bagi effect kilauan la kiranya baru Nampak menarik kan.
 
 
 
Setakat ni saya boleh kongsikan. Terima kasih kepada Aima yang masih tempahlagi untuk Dina punya. Nanti In Shaa Allah akan ade quilling typography jugak, tapi yang paling besar pernah saya buat! Bila la agaknya nak update tu. Kekangan masa. Kita kongsi dulu hasil-hasil seni yang simple dulu okay.
 
Tata.
 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan