Assalamualaikum.
Sihat tak semua? Jaga kesihatan dan keselamatan diri tau. Yang penting jangan sia-siakan masa. Ia sangat berharga untuk kita ya! :) Excited lebih pulak hari ni. Sebab apa?? Sebab kita nak ajar macam mana nak buat bunga quilling!! Mudah dan senang. Bunga quilling yang ni senang je okay. Saya gagahkan jugak bila dapat request daripada followers insta untuk ajarkan bunga quilling ni. Jangan risau ye, hari ni saya ajarkan! Sape-sape yang baru mula nak buat atau tak pernah buat langsung >_< quilling ni, boleh la mencuba okay. Jom kita tengok bunga yang macam mana kita nak buat.
Haa, bunga yang ni la kita nak buat.
Cantik tak? Rasa macam nak buat tak? |
Okayh, tak sabar nak mulakan bila tengok bunga kat atas ni. Tapi kita buat bunga yang kecik tu tau, bukan yang besar tu. Hehe. Jom kita start!
Bahan-bahan:
*jalur-jalur kertas (panjang saiz A4) dan (lebar 3mm)
*gam *gunting *circle template
*quilling tool (slotted)/ lidi/ pencungkil gigi
Senang tak nak dapatkan bahan-bahan dia? Senang kan.. Jom kita buat!
Kita guna jalur kertas yang panjangnya A4 dan lebar 3mm okay. Tapi lebar tu terpulang, boleh buat 5mm atau 1cm. Untuk setiap satu kelopak bunga kita guna 2 warna, contoh kat sini biru dan kuning. Setiap 1 warna 3 jalur ye.
Jadi kita ambik yang kuning tu, kita gamkan ketiga-tiga jalur tadi untuk jadikan dia panjang. Lepas dah gam, kita kena gulung pulak.
Okay, macam yang kat atas ni, saya tunjuk contoh yang guna lidi. Pencungkil gigi pun boleh guna. Tapi untuk lebih mudah kerja, saya guna alat quilling yang khas. Quilling tool (slotted). Kepada sesiapa yang tak ade alat ni tak pe. Still boleh guna lidi.
Alat quilling tu macam ni lah rupanya. Lebih mudah nak buat quilling sebab dia macam ade ruang sikit kat tengah, so senang kita nak 'kepitkan' kertas kita dan terus gulung je.
Jadi, kita masukkan je jalur kertas kita tadi kat celah lubang tu dan terus gulung sampai habis.
Bila dah gulung sampai habis macam ni, kita tarikkan dia keluar.
Bila dah tarik keluar tu, kita biarkan dia longgar macam dalam gambar kat atas ni.
Ambil circle template. Untuk bunga yang ni saya gunakan saiz 28. Letakkan gulungan tadi tu pada saiz 28. Dan gamkan.
Okayy, bila dah gam, ambil jalur kertas yang warna biru tadi. Ambik 2 jalur dan gamkan supaya jadi panjang.
Ambil gulungan kuning tadi dan letakkan sikit gam, lepas tu kita lekatkan jalur biru tadi. Terus 'balutkan'. Faham tak? Macam yang kat bawah ni.
Bila dah habis 'balutkan' yang kuning tu, kita gamkan.
Setakat ni boleh ikut tak? Harap-harap faham la ye. Okay, sekarang kita ambil lidi pulak. Buat macam mana yang dalam gambar atas ni.
Kita buat pulak macam ni. Kira macam 'bengkokkan' la.
Bila dah keluarkan gulungan tadi daripada lidi, dia jadi macam ni. Sekarang kita kena 'balutkan' lagi untuk tak nak bagi kelopak ni tercabut.Kira untuk kemaskan lagi.
Ambil lagi 1 jalur warna biru tadi. Letakkan gam dan balutkan kelopak bunga tu.
Dan balutkan sampai habis tu, kita potongkan kertas yang lebih ni.
Yeay! 1 kelopak bunga dah siap! Kena buat 4 kelopak lagi. Teruskan! Jangan putus asa!
Bila dah siap kelima-lima kelopak, susunkan elok-elok dan gamkan.
Anda boleh gunakan manik yang comell macam ni. Butang, mutiara ke semua boleh. Ikut kreativiti.
Kalau tak de manik, boleh buat macam yang kat atas ni. Gulungkan warna lain dan gamkan. Letakkan dekat tengah-tengah bunga tu.
Alhamdulillah, dah selesai tutorial bunga quilling, bukan tutorial pon, cuma perkongsian untuk ajar je..Hehe. Semoga berguna dan bermanfaat untuk anda semua ya! Kalau ade ape-ape yang salah saya mintak maaf mungkin ade yang tak paham..ececeh. Selamat mencuba!!
Jumpa pada entry yang akan datang. Tata!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan