Isnin, 9 November 2015

Wedding Guest Book Merah Mempesona

Hai! Assalamualaikum semua!
Apa plan untuk cuti sekolah akan datang? hmmm...bercuti dengan keluarga? Duk rumah je ke?
Atau jalan-jalan dengan kawan? Tak kisah la kan..asalkan apa yang kita buat x mensia-siakan masa yang berharga ni..okayh.. entry kali ni saya nak kongsikan sikit pasal wedding guest book pertama yang saya buat. Tarikh dah lama tapi baru hari ni ade peluang nak update. Sabo je lah! Kalau dah excited tu macam-macam nak cerita :)

 
Nampak tak gambar atas ni? uwaa..cantik tak?! Excited lebih..haha..setelah memerah otak macam mana nak fikir design yang menarik, terhasilah macam tu..banyak bunga dan cara penyusunan pun kene la pandai-pandai letak supaya nampak kemas tau. Dan temanya Merah Mempesona. Ek eleh. mempesona ke saya buat. harap-harap ye la dak.? Dah buat yg terbaik untuk hasil yang terbaik! cewah. dan semoga cousin saya tu suka buku ni. cerita banyak-banyak bosan pulak. meh tengok gambar-gambar yang sempat saya snap mase proses 'penghasilan'. hehe.. bukan saya snap, ade orang baik hati yang saya sayang tolong snapkan..tq!!

 
Nampak gambar kat atas ni? Mestilah boleh agakkan yang ni tengah perah otak macam mana nak hasilkan penyusunan yang terbaik! Kene la bagi cantik dulu lapisan pertama buku ni. Namanya pon dah merah mempesona, wajiblah ade warna pink sekali, kalau xde memang tak sah!
 
 
Proses penyusunan bunga yang terbaik!!
 
 
Gam jangan tak gam!
 
 
Uwaa! Dah siap. Cantik tak? Haha.
 
 
Proses menampal batu-batu yang berkilauan. Cewahh. Untuk nampakkan lagi menarik buku ni, tambah lah batu-batu comel ni. Sabarr je lah kalu ade yang tercabut balik tu.

 
Cantik tak bunga ni? Sape yang tau quilling mesti tau bunga ni antara yang senang nak buat. Tak lengkap kalau bunga xde daun kan? Kene la tambah sikit bagi nampak hijau-hijau tu.
 

 
Untuk nama kedua-dua mempelai pulak saya guna felt. Gandingan warna pink dengan biru. Atas permintaan cousin yang tersayang ni, nak buat A & A. So gagahkan jugak potong bentuk tulisan ni tau. Kene la pandai-pandai potong. Sape-sape yang jenis tak sabar tu memang rase keje ni leceh tau.








 
Handmade Aizara Artz! Harap-harap dengan pengalaman yang pertama buat wedding guestbook ni dapatlah saya kembangkan lagi bakat seni ni! In Shaa Allah.
 
Kita jumpa lagi nanti!
Assalamualaikum.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan