Assalamualaikum pembaca semua!
Hari ni kita cerita tentang jalur kertas warna-warni. Jalur kertas ape pulak? Haa, ni nak cakap ni. Jalur kertas ni sangatlah penting tau untuk buat quilling. Kalau tak de mesti lah tak boleh buat kan. Dah sah-sah bahan utama tak de. Hehe. Kepada sape-sape yang baru nak berjinak-jinak dengan quilling tu, boleh saya kongsikan sikit tentang jalur kertas ni.
Macam pelangi! Masa mula-mula saya berkecimpung dengan seni quilling ni, memang susah jugak nak dapatkan jalur-jalur kertas ni sebab tak de shredder. Jenuh la duk potong satu-satu guna pisau tu. Nasib la kalau terpotong jari. Tapi tak de la. Hati-hati kepada adik-adik yang nak potong guna pisau tajam ni ye.Gambar yang kat atas ni ukuran lebar dia hanya 3mm tau. Kecik tak? Memang la kecik. Tapi masa yang jenuh potong-potong tu saya potong 5mm. Bila dah ade shredder senang la hati.
Comel tak shredder kecik ni? hehe, manual tau, tak guna elektrik. Sorry gambar bukan sepenuhnya. Ukuran jalur kertas yang shredder ni hasilkan adalah 3mm. Jadi tak perlu susah-susah nak potong lagi.
Sebelum beli shredder, rajin sangat la tu kepit-kepit macam yang kat atas ni. Haha. Nak Nampak kemas, last-last bersepah jugak.
Kita asing-asingkanlah macam ni. Kemas la sikit kan. Setakat ni saja saya boleh kongsikan. Kepada anda yang berminat dengan seni quilling, jangan putus asa. Teruskan, asalkan minat dan usaha kene ade ye. Jumpa lagi! Kalau ade ape-ape soalan boleh Tanya.
Bai-bai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan