Khamis, 31 Disember 2015

Quilling Typography A4

Assalamualaikum.
Entry kali ni saya nak kongsikan hasil seni quilling typography yang paling besar pernah saya buat. Bukannya besar mana pun, A4 je. Hehe. Tak pernah lah lagi buat saiz A3. Mungkin lambat lagi. Nak fokus pada study dulu okay.
 
 
 
Ni lah hasilnya ! :) Jadi warna-warni dah. Lain customer mintak, lain jadinya. Haha. Memang terus terang saya cakap, hasil yang kali ni lah paling saya suka! Sebab pertama, paling besar dan susah jugak nak perah otak ni macam mana nak bagi cantik. Heee. Dan sebab kedua saya tak sangka pula customer saya kali ni selain daripada kawan-kawan. Thank you Kak Fatin!
 
 
Faham-faham je la. Kalau tengah bereksperimen la katakan, sepah tu memang tak sah! Kadang-kadang tu hilang jugak sabo nyer. Stop kejap lepastu baru sambung balik. Sambung berquilling balik!
 
 
Atas permintaan customer, kita buat banyak-banyak love ni. Kira senang jugak la nak buat love ni. Daripada tema pink dengan purple, tukar pulak jadi warna-warni. Stok warna dah tak banyak.
 
 
Comel tak love-love ni? Ngee. Kita mestilah tambah batu jugak kan nak bagi nampak bersinar.
 
 
Susun jangan tak susun. Lavender kita bagi warna pink terang. Baru nampak ceria :)
 
 
 
 
 
Semoga bermanfaat dengan perkongsian kali ni! Mungkin lepas ni dah nak masuk tahun baru, dah jarang kut update, sebab nak fokus pada study. Dah jarang lah nak buat quilling. Tapi tak pa, hobi tu memang tetap suka buat seni kraf ni. Rasa-rasanya nanti macam nak bukak kedai kraf. Angan-angan je tu. Sebagai sampingan. Apa-apa pun cita-cita dan matlamat hidup tetap utama. Tapi yang lebih utama  supaya kita semua berusaha untuk dekatkan diri dengan Allah. Amin. Selamat Menyambut Tahun Baru!
 
Bai-bai.  Assalamualaikum.
 
 
 
 
 
 
 

Rabu, 30 Disember 2015

Quilling Typography Dina

Assalamualaikum semua.
Harap-harap sentiasa ceria la kan? Maklum la, dah nak bukak sekolah ni, mesti la kena ceria dan ada azam baru! Baiklah, kali ni saya masih lagi nak kongsikan tentang quilling typography.
 
 
Macam mana dengan design kali ni? Boleh la kot setakat jadi rujukan dan boleh dijadikan ilham untuk anda yang baru mula minat quilling ni. Kita geng okay? Sama-sama belajar. Hehe. Untuk tempahan kali ni memang betul-betul ikut arahan si bosnya. Haha, si customernya la kan? Sape lagi. Setiap bentuk dan bunga quilling tu memang ikut warna yang customer nak. Sama jugak dengan jenis coraknya. Nak bunga 2 kuntum dengan bunga lavender gitu. Saiznya macam biasa yang pernah saya buat sebelum ni. Separuh dari separuh A4. Faham ke? hee, kiranya separuh daripada saiz buku tulis coklat yang murid-murid guna kat sekolah.
 
 
Susun jangan tak susun. Senget pulak nanti kena marah. haha.
 
 
Yang ni proses menampal batu. Biasanya saya letak 10 biji batu untuk saiz yang macam ni. Nak bagi effect kilauan la kiranya baru Nampak menarik kan.
 
 
 
Setakat ni saya boleh kongsikan. Terima kasih kepada Aima yang masih tempahlagi untuk Dina punya. Nanti In Shaa Allah akan ade quilling typography jugak, tapi yang paling besar pernah saya buat! Bila la agaknya nak update tu. Kekangan masa. Kita kongsi dulu hasil-hasil seni yang simple dulu okay.
 
Tata.
 
 
 


Selasa, 29 Disember 2015

Quilling Typography Part 4

Assalamualaikum pembaca semua.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik :) Jom kali ni kita tengok pula hasil quilling typography yang lain sikit.
 
 
Apa yang lainnya? Haa, ingat tak entry yang lepas-lepas saya ade kongsikan pasal quilling typography ni jugak? Ingat kan? Apa yang lain tengok pada 'jenis' nya. Untuk kali ni quillingnya tu hanya diisi DI LUAR huruf. Kalau yang sebelum ni semua saya isi kat 'dalam' huruf.
 
 
 
Nampak simple je kan? Kita guna bentuk quilling yang sama dan buat banyak-banyak lepas tu terus susun elok-elok kat luar huruf tu. Lepas tu kita gam je. Time 'mengisi' tu la paling saya suka. Excited lebih. Sebab dah nak nampak hasilnya dan tak sabar nak siapkan! Mestilah excited! Akhirnya terhasil jugak lah yang simple macam tu. Ye la. Baru nak belajar kan? Kalau ade apa-apa soalan boleh tanye ye tentang quilling typography ni.
 
 
Kepada sesiapa yang tiba-tiba rasa terdetik nak berkecimpung dengan seni quilling ni boleh la mulakan langkah. Saya memang galakkan. Asalkan kena ada minat dan usaha tau. Dah boleh mula search lebih banyak tentang quilling ni. Banyak lagi blog lain yang berkongsi lagi banyak hasil quilling yang menarik dan cantik :) Boleh dapatkan rujukan daripada dia orang.
 
 
Kita jumpa lagi ye pada entry yang akan datang! In Shaa Allah.
Bai-bai.
 

Khamis, 17 Disember 2015

Jom Buat Bunga Quilling!!

Assalamualaikum.
Sihat tak semua? Jaga kesihatan dan keselamatan diri tau. Yang penting jangan sia-siakan masa. Ia sangat berharga untuk kita ya! :) Excited lebih pulak hari ni. Sebab apa?? Sebab kita nak ajar macam mana nak  buat bunga quilling!! Mudah dan senang. Bunga quilling yang ni senang je okay. Saya gagahkan jugak bila dapat request daripada followers insta untuk ajarkan bunga quilling ni. Jangan risau ye, hari ni saya ajarkan! Sape-sape yang baru mula nak buat atau tak pernah buat langsung >_< quilling ni, boleh la mencuba okay. Jom kita tengok bunga yang macam mana kita nak buat.
 
 
Haa, bunga yang ni la kita nak buat.
 
Cantik tak? Rasa macam nak buat tak?
 
Okayh, tak sabar nak mulakan bila tengok bunga kat atas ni. Tapi kita buat bunga yang kecik tu tau, bukan yang besar tu. Hehe. Jom kita start!
 
 
Bahan-bahan:
*jalur-jalur kertas (panjang saiz A4) dan (lebar 3mm)
*gam    *gunting   *circle template 
*quilling tool (slotted)/ lidi/ pencungkil gigi
 
Senang tak nak dapatkan bahan-bahan dia? Senang kan.. Jom kita buat!
 
 
Kita guna jalur kertas yang panjangnya A4 dan lebar 3mm okay. Tapi lebar tu terpulang, boleh buat 5mm atau 1cm. Untuk setiap satu kelopak bunga kita guna 2 warna, contoh kat sini biru dan kuning. Setiap 1 warna 3 jalur ye.
 
 
Jadi kita ambik yang kuning tu, kita gamkan ketiga-tiga jalur tadi untuk jadikan dia panjang. Lepas dah gam, kita kena gulung pulak.
 
 
Okay, macam yang kat atas ni, saya tunjuk contoh yang guna lidi. Pencungkil gigi pun boleh guna. Tapi untuk lebih mudah kerja, saya guna alat quilling yang khas. Quilling tool (slotted). Kepada sesiapa yang tak ade alat ni tak pe. Still boleh guna lidi.
 
 
Alat quilling tu macam ni lah rupanya. Lebih mudah nak buat quilling sebab dia macam ade ruang sikit kat tengah, so senang kita nak 'kepitkan' kertas kita dan terus gulung je.
 
 
Jadi, kita masukkan je jalur kertas kita tadi kat celah lubang tu dan terus gulung sampai habis.
 
 
Bila dah gulung sampai habis macam ni, kita tarikkan dia keluar.
 
 
Bila dah tarik keluar tu, kita biarkan dia longgar macam dalam gambar kat atas ni.
 
 
Ambil circle template. Untuk bunga yang ni saya gunakan saiz 28. Letakkan gulungan tadi tu pada saiz 28. Dan gamkan.
 
 
Okayy, bila dah gam, ambil jalur kertas yang warna biru tadi. Ambik 2 jalur dan gamkan supaya jadi panjang.
 
 
Ambil gulungan kuning tadi dan letakkan sikit gam, lepas tu kita lekatkan jalur biru tadi. Terus 'balutkan'. Faham tak? Macam yang kat bawah ni.
 
 
Bila dah habis 'balutkan' yang kuning tu, kita gamkan.
 
 
Setakat ni boleh ikut tak? Harap-harap faham la ye. Okay, sekarang kita ambil lidi pulak. Buat macam mana yang dalam gambar atas ni.
 
 
Kita buat pulak macam ni. Kira macam 'bengkokkan' la.
 
 
Bila dah keluarkan gulungan tadi daripada lidi, dia jadi macam ni. Sekarang kita kena 'balutkan' lagi untuk tak nak bagi kelopak ni tercabut.Kira untuk kemaskan lagi.
 
 
Ambil lagi 1 jalur warna biru tadi. Letakkan gam dan balutkan kelopak bunga tu.
 
 
Dan balutkan sampai habis tu, kita potongkan kertas yang lebih ni. 
 
 
Yeay! 1 kelopak bunga dah siap! Kena buat 4 kelopak lagi. Teruskan! Jangan putus asa!
 
 
 
Bila dah siap kelima-lima kelopak, susunkan elok-elok dan gamkan.
 
 
Anda boleh gunakan manik yang comell macam ni. Butang, mutiara ke semua boleh. Ikut kreativiti.
 
 
Kalau tak de manik, boleh buat macam yang kat atas ni. Gulungkan warna lain dan gamkan. Letakkan dekat tengah-tengah bunga tu. 
 
 
 
 
Alhamdulillah, dah selesai tutorial bunga quilling, bukan tutorial pon, cuma perkongsian untuk ajar je..Hehe. Semoga berguna dan bermanfaat untuk anda semua ya! Kalau ade ape-ape yang salah saya mintak maaf mungkin ade yang tak paham..ececeh. Selamat mencuba!!
 
Jumpa pada entry yang akan datang. Tata!
 
 
 
 
 



Selasa, 15 Disember 2015

Jalur Kertas Warna-warni

Assalamualaikum pembaca semua!
Hari ni kita cerita tentang jalur kertas warna-warni. Jalur kertas ape pulak? Haa, ni nak cakap ni. Jalur kertas ni sangatlah penting tau untuk buat quilling. Kalau tak de mesti lah tak boleh buat kan. Dah sah-sah bahan utama tak de. Hehe. Kepada sape-sape yang baru nak berjinak-jinak dengan quilling tu, boleh saya kongsikan sikit tentang jalur kertas ni.
 
 
Macam pelangi! Masa mula-mula saya berkecimpung dengan seni quilling ni, memang susah jugak nak dapatkan jalur-jalur kertas ni sebab tak de shredder. Jenuh la duk potong satu-satu guna pisau tu. Nasib la kalau terpotong jari. Tapi tak de la. Hati-hati kepada adik-adik yang nak potong guna pisau tajam ni ye.Gambar yang kat atas ni ukuran lebar dia hanya 3mm tau. Kecik tak? Memang la kecik. Tapi masa yang jenuh potong-potong tu saya potong 5mm. Bila dah ade shredder senang la hati.
 
 
Comel tak shredder kecik ni? hehe, manual tau, tak guna elektrik. Sorry gambar bukan sepenuhnya. Ukuran jalur kertas yang shredder ni hasilkan adalah 3mm. Jadi tak perlu susah-susah nak potong lagi.
 
 
Sebelum beli shredder, rajin sangat la tu kepit-kepit macam yang kat atas ni. Haha. Nak Nampak kemas, last-last bersepah jugak.
 
 
Kita asing-asingkanlah macam ni. Kemas la sikit kan. Setakat ni saja saya boleh kongsikan. Kepada anda yang berminat dengan seni quilling, jangan putus asa. Teruskan, asalkan minat dan usaha kene ade ye. Jumpa lagi! Kalau ade ape-ape soalan boleh Tanya.
 
Bai-bai.

Oh My Doodle!

Assalamualaikum.
Kita cerita pasal doodle nak hari ni? Nak kongsi, ade beberapa lukisan je. Hehe
 
 
Cantik tak? Yang ni memang buat untuk cikgu, kira macam hadiah la :). Harap-harap cikgu suka ya! Usaha jugak nak lukis bunga yang banyak-banyak tu. Hahaha. Dan akhirnya terhasil dan siap jugak.
 
 
Doodle yang atas ni pulak ade orang yang tempah, untuk orang yang sama jugak. Tq! Alhamdulillah, terhasillah doodle yang agak 'sarat' macam tu. Sape-sape yang teringin nak buat doodle, saya cadangkan pakai SHARPIE. Pen marker ni memang best, takkan mengecewakan anda.
 
 
Doodle yang atas ni guna Sharpie la. Memang mudah dan senang hati guna. Lukisan pun tak comot sebab memang sifat dakwatnya tu tak cair dan cepat kering okay. Jom tengok satu lagi doodle yang menggunakan sharpie.
 
 
Ni dia! Hitam putih. Mase ni bukan main ligat lagi jari nak conteng sana, conteng sini. Adoii, memang kaki doole betul mase tu. Tapi lama-lama bosan jugak. Bila mood doodle tu datang barulah boleh buat.
 
Yeah! Sampai sini je okay. Mane tutorial buat bunga quilling nih??
Belum tercapai lagi hajat tu. Haha. Sebab tengah sibuk siapkan tempahan quilling. Jumpa nanti. Tata