Selasa, 29 Disember 2015

Quilling Typography Part 4

Assalamualaikum pembaca semua.
Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik :) Jom kali ni kita tengok pula hasil quilling typography yang lain sikit.
 
 
Apa yang lainnya? Haa, ingat tak entry yang lepas-lepas saya ade kongsikan pasal quilling typography ni jugak? Ingat kan? Apa yang lain tengok pada 'jenis' nya. Untuk kali ni quillingnya tu hanya diisi DI LUAR huruf. Kalau yang sebelum ni semua saya isi kat 'dalam' huruf.
 
 
 
Nampak simple je kan? Kita guna bentuk quilling yang sama dan buat banyak-banyak lepas tu terus susun elok-elok kat luar huruf tu. Lepas tu kita gam je. Time 'mengisi' tu la paling saya suka. Excited lebih. Sebab dah nak nampak hasilnya dan tak sabar nak siapkan! Mestilah excited! Akhirnya terhasil jugak lah yang simple macam tu. Ye la. Baru nak belajar kan? Kalau ade apa-apa soalan boleh tanye ye tentang quilling typography ni.
 
 
Kepada sesiapa yang tiba-tiba rasa terdetik nak berkecimpung dengan seni quilling ni boleh la mulakan langkah. Saya memang galakkan. Asalkan kena ada minat dan usaha tau. Dah boleh mula search lebih banyak tentang quilling ni. Banyak lagi blog lain yang berkongsi lagi banyak hasil quilling yang menarik dan cantik :) Boleh dapatkan rujukan daripada dia orang.
 
 
Kita jumpa lagi ye pada entry yang akan datang! In Shaa Allah.
Bai-bai.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan