Selasa, 15 Disember 2015

Oh My Doodle!

Assalamualaikum.
Kita cerita pasal doodle nak hari ni? Nak kongsi, ade beberapa lukisan je. Hehe
 
 
Cantik tak? Yang ni memang buat untuk cikgu, kira macam hadiah la :). Harap-harap cikgu suka ya! Usaha jugak nak lukis bunga yang banyak-banyak tu. Hahaha. Dan akhirnya terhasil dan siap jugak.
 
 
Doodle yang atas ni pulak ade orang yang tempah, untuk orang yang sama jugak. Tq! Alhamdulillah, terhasillah doodle yang agak 'sarat' macam tu. Sape-sape yang teringin nak buat doodle, saya cadangkan pakai SHARPIE. Pen marker ni memang best, takkan mengecewakan anda.
 
 
Doodle yang atas ni guna Sharpie la. Memang mudah dan senang hati guna. Lukisan pun tak comot sebab memang sifat dakwatnya tu tak cair dan cepat kering okay. Jom tengok satu lagi doodle yang menggunakan sharpie.
 
 
Ni dia! Hitam putih. Mase ni bukan main ligat lagi jari nak conteng sana, conteng sini. Adoii, memang kaki doole betul mase tu. Tapi lama-lama bosan jugak. Bila mood doodle tu datang barulah boleh buat.
 
Yeah! Sampai sini je okay. Mane tutorial buat bunga quilling nih??
Belum tercapai lagi hajat tu. Haha. Sebab tengah sibuk siapkan tempahan quilling. Jumpa nanti. Tata

Tiada ulasan:

Catat Ulasan