Khamis, 31 Disember 2015

Quilling Typography A4

Assalamualaikum.
Entry kali ni saya nak kongsikan hasil seni quilling typography yang paling besar pernah saya buat. Bukannya besar mana pun, A4 je. Hehe. Tak pernah lah lagi buat saiz A3. Mungkin lambat lagi. Nak fokus pada study dulu okay.
 
 
 
Ni lah hasilnya ! :) Jadi warna-warni dah. Lain customer mintak, lain jadinya. Haha. Memang terus terang saya cakap, hasil yang kali ni lah paling saya suka! Sebab pertama, paling besar dan susah jugak nak perah otak ni macam mana nak bagi cantik. Heee. Dan sebab kedua saya tak sangka pula customer saya kali ni selain daripada kawan-kawan. Thank you Kak Fatin!
 
 
Faham-faham je la. Kalau tengah bereksperimen la katakan, sepah tu memang tak sah! Kadang-kadang tu hilang jugak sabo nyer. Stop kejap lepastu baru sambung balik. Sambung berquilling balik!
 
 
Atas permintaan customer, kita buat banyak-banyak love ni. Kira senang jugak la nak buat love ni. Daripada tema pink dengan purple, tukar pulak jadi warna-warni. Stok warna dah tak banyak.
 
 
Comel tak love-love ni? Ngee. Kita mestilah tambah batu jugak kan nak bagi nampak bersinar.
 
 
Susun jangan tak susun. Lavender kita bagi warna pink terang. Baru nampak ceria :)
 
 
 
 
 
Semoga bermanfaat dengan perkongsian kali ni! Mungkin lepas ni dah nak masuk tahun baru, dah jarang kut update, sebab nak fokus pada study. Dah jarang lah nak buat quilling. Tapi tak pa, hobi tu memang tetap suka buat seni kraf ni. Rasa-rasanya nanti macam nak bukak kedai kraf. Angan-angan je tu. Sebagai sampingan. Apa-apa pun cita-cita dan matlamat hidup tetap utama. Tapi yang lebih utama  supaya kita semua berusaha untuk dekatkan diri dengan Allah. Amin. Selamat Menyambut Tahun Baru!
 
Bai-bai.  Assalamualaikum.
 
 
 
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan