Sabtu, 12 September 2015

KAD QUILLING BUNGA BUAT SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..
 
Untuk hari ni saya akan kongsikan kad quilling bunga yang saya pernah cakap pada entry yang lepas. kad ni sebenarnya  kad hari jadi okay. yang penuh dengan bunga. nak tengok?
 
 
 
Ni lah diaa.. tadaa..cantik tak? huhu..kad ni khas untuk sahabat baik. Aima.. jangan marah ek..lari laju-laju..okay kad ni memang makan mase yang lame nak siapkan.. tapi disebabkan excited lebih dengan quilling jadi cepat pulak siap. macam yang anda boleh nampak, kombinasi warnanya banyak..tak de tema warna yang khusus. memang permintaan si Aima jugak nak bunga-bunga, so terhasil kad ni. Antara kad yg 'sarat' jugak pernah saya buat.
 
 
ni lah bunga dia kalau tengok darr dekat. okay, sape-sape yang nak try buat bunga macam ni..try search tau. 'quilling flowers'. banyak rujukan yang anda boleh tengok. setakat ni saya tak de peluang nk buat tutorial. bunga quilling yang macam ni boleh dikatakan sebagai asas jugak. macam mane pulak dengan bahagian dalam kad ni..? haa macam biase mestilah pop up.
 
 
 
Untuk kali ni..lots of love.. dah tak tau nak buat ape.. buatlah yang macam ni..tu lah jdainya bila idea tak keluar. harap Aima suka lah ye. kad ni memang dah lame sampai pada tuan nya..hari ni je baru berpeluang nak kongsikan dengan pembaca semua.

kita jumpa lagi di entry yang lain. bai2..;) 
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan