Khamis, 1 Disember 2016

Kraf Felt : Burung Hantu Datang Dah!

Assalamualaikum.

Hai semua! Jumpa balik kita ya! Haa, pasal apa pulak kali ni? Kan dah janji nak share tentang seni kraf felt. Janji mesti ditepati okay. :) Jom saya ajak semua untuk 'kritik' atau puji hasil kerja untuk kali ni. >_<

BURUNG HANTU DAH DATANG!!

hai kawan-kawan!

Atas usaha yang gigih sangat ni >-< , lahirlah seekor burung hantu buatan sendiri. Kur kur, aik macam panggil ayam pulak. haha.


Baik. Ceritanya mula macam ni ya. Hehe, ada seorang aunty kesayangan kita ni merangkap mak kepada kawan baik yang gila-gila, nak tempah pengikat langsir kat beginner yang tak berapa reti macam saya ni. So, apa lagi, terima je lah kan. Rezeki jangan ditolak. Daripada masa tulah, duk gigih jahit sana jahit sini. First time buat kan, lambat la sikit proses siapnya.


Nampak gambar kat atas ni? Kalau ada masa nanti saya share macam mana nak buat reben yang comei ni. Senang je. Siapa - siapa yang terer tu mesti tau dah macam mana nak buat reben ni dengan sekali tengok gambar je. :)


Pergi kat mana-mana supermarket, rembat je kapas gulung yang ada. Kapas macam ni lah yang diguna untuk burung hantu yang sekor ni untuk kasi dia gemuk sikit.


Nama pun pengikat langsir, jadi kita jahit sekali reben kain yang besar sikit lebar dia supaya senang nak ikat. Ish burung hantu ni, siap ada rantai lagi..haha.. tu maknanya burung hantu betina. Tup secoet reben kat tepi kepala. 

Alright, setakat ni je untuk entry burung hantu. Tata!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan