Rabu, 1 Jun 2016

Jom Kita Hias BUKU NOTA!

Assalamualaikum dan hai semua! 
Mak aih, dah lama tak update semenjak kebelakangan ni. Blog pun dah berhabuk bersarang lebat. EH! merepek apa ni?? Ha...tak payah buang masa membebel je kerjanya. Jom, apa tajuk untuk entry kali ni? Siapa yang suka sangat dengan buku nota? Suka sangat beli buku nota yang kulit tebal warna-warni tu. Betul tak? Kepada peminat buku nota tu, meh sini kita belajar hias buku nota sendiri.

Tara!!

Kenapa? Tak cantik? hmmm..saya buat setakat yang mampu je lah. Kalau dah mood malas tu macam ni la hasil kerjanya. Korang boleh buat lagiii cantikk ye? Semuanya bergantung pada usaha dan mood...>_<..haha


Buku nota coklat ni sebenarnya dapat free..heheh..korang kalau nak hias sendiri beli buku nota yang cover dia kosong,baru lah murah sikit kan. Okay, first sekali, gunting 'apa yang patut'. Apa tu? Haha. Macam dalam gambar kat atas tu, saya tulis ayat 'kerana saya seorang pelajar'.  Terpulang lah kan nak tulis apa pon, buku sendiri maa. Tak kisah la nak tulis apa, nak gunting apa, asalkan ada. Nak lagi cantik guna gunting yang ada corak-corak.


 Okayh. Nampak tak gambar kat atas ni? Yang ni memang set lengkap puncher yang ada. Boleh dapat dalam satu set atau beli satu-satu. Kalau penggemar seni kraf tu, biasanya memang ada macam-macam puncher tau. Mahal lagi kot. 


Kalau nak effect lagi boom, boleh guna kertas glitter macam-macam warna. Barulah ceria kan.


Dalam proses menghias. Bersepah tu jangan cakap la. Tiba-tiba dapat idea nak promote blog sendiri, haha. Usaha la lekat kat bahagian bawah buku tu. Hehe.


Ini lah hasil yang tak berapa nak memuaskan. >_<
Sebenarnya buku nota ni dah lama siap awal tahun hari tu. Baru hari ni ada peluang nak update kat blog. Teruk betul la..


Nak jugak hias bahagian belakang tu! Ni lah hasilnya. Simple je. Tak mau sarat-sarat. Kang orang tengok macam over pulak.

Dah habis dah. Setakat ni je untuk perkongsian buku nota. Selamat mencuba!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan