Selasa, 6 Jun 2017

Hadiah Istimewa Buat Cikgu

Hai, assalamualaikum!

Lama dah kita tak update kat blog. Dah masuk bulan Ramadhan pun. Apa-apa pun selamat berpuasa untuk semua ya!

Entry kali ni lain daripada yang lain. Kalau ikutkan hati dah lama kita share pasal ni, tapi baru sekarang dapat peluang. Look this...






Sekali tengok macam barisan tentera dah, haha. Banyak kan bunga kusudama? Menangis nak buat 'segerombolan tentera' ni tau. Eh tak tak, enjoy je buat semua ni. But it takes a lot of patient to do this task. :)



Tadaaa! Bayangkan daripada bunga yang seketul-seketul tu, jadi jambangan bunga yang banyak ni. Dan bayangkan tinggi mana tahap kesabaran yang perlu ada?? And then you will know the power of patient. You will get the best from what have you did.

Semua jambangan bunga ni dah jadi milik orang lain. Milik insan tersayang, yang banyak berkorban untuk anak muridnya. Harap cikgu-cikgu suka dengan hadiah yang tak seberapa ni. Memang tak mampu nak bagi hadiah yang mahal, tapi yang ni memang istimewa untuk cikgu hasil buatan tangan kita sendiri :)

kita bagi tengok view dekat punya.

Antara proses yang 'menyeksakan'...macam gambar kat bawah ni



Part ni lah yang dirasakan paling 'brutal'...punya lama tunggu nak siap melipat satu persatu kelopak bunga kusudama ni..tak habis kat situ, dah ditambah lagi keje nak gamkan pulak kelopak tu...kalau tak silap dalam 100 kuntum bunga ....rasa-rasanya menangis tak masa buat benda ni?!? Haha, tak pun, merungut je >_<..tapi dengan kegigihan dan minat yang ada, dapat siapkan bunga kusudama ni. Tak lupa jugak pada mereka yang sudi tolong, terima kasih :)


Kita share sikit sepanjang proses buat jambangan bunga ni. Ini lah butang dan beads yang dipakai sebagai center pada bunga kusudama. Pelbagaikan bentuk dan saiz supaya nanti tak la bosan.


Ni gambar yang sempat kita snap masa di peringkat awal. Kalau ikutkan bahan dengan peralatannya banyak lagi. Dan ada jugak bahan dalam gambar yang tak jadi guna. Tukar dengan bahan yang lain.


Gambar kat atas ni masa mula-mula try nak buat jambangan dia.. stress jugak..cuba punya cuba akhirnya ambik alternatif lain untuk guna kertas lut sinar bercorak sebagai pembalut.


Ni dia rupanya. Senang sikit kerja daripada cara yang sebelum tu. Walaupun sebenarnya tak la sesenang mana. Duk stress melipat sana sini, membetul apa yang tak betul. Duk gam tempat yang tak reti-reti nak melekat. Haha.

akhir sekali balut tangkai bawah dia untuk nampak lebih kemas
'notes' untuk promote blog sendiri..hehe

Setelah berhempas pulas, inilah hasilnya! Berminggu jugak nak siapkan semua jambangan.




Bila tengok balik semua gambar ni, rasa puas hati sangat sebab apa yang kita usahakan menjadi dan semua hasil kerja ni khas buat insan tersayang! THE POWER OF PASSION. Itulah yang dapat disimpulkan. Kerana minat, kita sendiri jatuh cinta dengan apa yang kita suka. Tak kira rumit, remeh, comot atau susah, kita akan pastikan semua usaha tu akan menjadi yang terbaik :). Dan terima kasih pada parents yang sentiasa menyokong minat dalam bidang seni ni.

That 's all for today guys. See you in the next entry :)

Assalamualaikum.