Khamis, 29 Disember 2016

DIY Phone Case! 'Bling and Button'

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik, kisah suka duka 2016 bakal meninggalkan kita. Kejap je dah nak tahun baru. Yang penting azam dan tekad perlu kita semat kemas2 dalam hati untuk jadi lebih baik pada tahun yang akan datang :)

Sorry, kita bagi nasihat sikit je.. tak luak mana pun..untuk ingatkan diri sendiri jugak.. hehe

Nak share pasal apa pulak kali ni? See this...


Detail punya gambar kita bagi tau.. Semua mesti sedia maklum sekarang ni tengah trend phone case yang design meletop2..Ada batu permata berkilau, ada kartun, ada reben bunga2 dan ada jugak yang boleh letak gambar kita sendiri kat phone case tau... harganya pun mesti meletop jugak. haha

Daripada duk berputih mata, meleleh air liur tengok phone case yang meletop tu, meh kita ajak korang buat diy phone case. Tapi tak lah setanding dengan design2 yang dijual di kedai.


Tengok button2 ni, comel kan?? Serius, masa ternampak kat kedai bunga, terus grab. Sebab cute sangat. Beli 3 paket dapat free 1 paket tau. Yang untungnya sebab button bunga tu yang free.


Pakai je phone case yang dah sedia ada. Lagi bagus kalau yang warna plain dan flat surface. Senang unuk hias.Tak susah mana pun, just susun dulu mengikut cita rasa masing-masing okay. Digalakkan pakai hot glue gun untuk lekatkan semua hiasan ni. Kalau pakai gam lain, rasanya mau menangis hari-hari sebab satu persatu tercabut. haha..betul, ni berdasarkan pengalaman tau. Kadang-kadang hot glue gun sendiri pun x berapa nak tahan.


Kalau nak nampak menarik lagi, tambah batu2 sikit. Tapi kita ni bukan boleh bersabar nak lekat batu sebutir demi sebutir, beli la yang macam dalam gambar ni. Senang, lekat terus. Design macam ni mestilah feminin sikit kan. Tapi jangan risau, kalau ada kaum adam yang berminat nak hias sendiri, boleh je. Susah2 sangat, hias dengan black buttons semua. Lepas tu tambah glitter sikit supaya nampak berseri. Takde la kelam je. 



Tadaa! Ni lah hasilnya. Ni nak nasihat sikit, tolonglah supaya tidak berharap sangat yang segala hiasan bagai ni boleh bertahan lama.>_< Jangan putus asa kalau satu persatu tercabut atau lekang. Itu normal kay. Biasanya awal2 tu lah jadi macam tu. Cabut, lekat balik. Cabut lagi..lekat balik.. Sayanglah katakan..Mestilah, buat sendiri kot. 

 Kalau ikutkan batu permata kat tepi tu dah lenyap dah. haha.. Asyik nak tercabut je, last-last cabut terus. Tinggallah butang-butang yang tak berapa  nak berseri tu.

Alright, cukup setakat ni. Kalau ada apa2 nak tanya dipersilakan ya. Tapi jangan marah kalau2 reply lambat. Hehe.. Jumpa di entry akan datang!

Tata!














Khamis, 1 Disember 2016

Kraf Felt : Burung Hantu Datang Dah!

Assalamualaikum.

Hai semua! Jumpa balik kita ya! Haa, pasal apa pulak kali ni? Kan dah janji nak share tentang seni kraf felt. Janji mesti ditepati okay. :) Jom saya ajak semua untuk 'kritik' atau puji hasil kerja untuk kali ni. >_<

BURUNG HANTU DAH DATANG!!

hai kawan-kawan!

Atas usaha yang gigih sangat ni >-< , lahirlah seekor burung hantu buatan sendiri. Kur kur, aik macam panggil ayam pulak. haha.


Baik. Ceritanya mula macam ni ya. Hehe, ada seorang aunty kesayangan kita ni merangkap mak kepada kawan baik yang gila-gila, nak tempah pengikat langsir kat beginner yang tak berapa reti macam saya ni. So, apa lagi, terima je lah kan. Rezeki jangan ditolak. Daripada masa tulah, duk gigih jahit sana jahit sini. First time buat kan, lambat la sikit proses siapnya.


Nampak gambar kat atas ni? Kalau ada masa nanti saya share macam mana nak buat reben yang comei ni. Senang je. Siapa - siapa yang terer tu mesti tau dah macam mana nak buat reben ni dengan sekali tengok gambar je. :)


Pergi kat mana-mana supermarket, rembat je kapas gulung yang ada. Kapas macam ni lah yang diguna untuk burung hantu yang sekor ni untuk kasi dia gemuk sikit.


Nama pun pengikat langsir, jadi kita jahit sekali reben kain yang besar sikit lebar dia supaya senang nak ikat. Ish burung hantu ni, siap ada rantai lagi..haha.. tu maknanya burung hantu betina. Tup secoet reben kat tepi kepala. 

Alright, setakat ni je untuk entry burung hantu. Tata!