Assalamualaikum.
Dah lama kita tak update blog kan? Selamat bertemu kembali :) Ececeh..
Cukup-cukup, tak payah nak merepek lama-lama sangat. Nanti bosan pulak korang baca entry kali ni. Ye dak?
Jom, kita cuci mata tengok kasut yang diubah suai sampaikan malu tuannya nak pakai>_<
Nak tergelak ke nak 'terkutuk' bila tengok gambar kat atas ni?? Hahaha.. Kutuk pun kutuk la. Ni siapa punya kasut? Ada orang nak pakai ke? Alahai colourful betul.. Mesti segan kalau nak pakai.
Saya punya la tu... siapa lagi.. memang tak pernah pakai langsung. Ini buat doodle ni pun sebab nak lepas gian duk conteng-conteng kat kasut sekolah lama.
Terus terang conteng kasut ni pakai pen je tau. Tak de pakai paint atau pen yang khas untuk fabrik. Betul.. Nampak tak dalam gambar tu ha, guna pen SHARPIE je.
Ini lawak. Duk beria lukis siap warna lagi bahagian yang kat tengah ni. Alahai, nama pun kasut tali, mana la nak nampak yang bahagian tu. Memang betul excited sangat lukis kat kasut. -_- Ish3....
Okay, ni contoh je la. Siapa-siapa yang teringin nak berseni dengan kasut sendiri, silakan. Cuma nasihatnya, fikir dulu apa nak lukis/lakar sebelum buat. Kang nanti comot la, tak menjadi la, haaa mula la nanti nak merungut. Tak salah nak 'bereksperimen'. Tapi kalau tak yakin, jangan la duk menconteng kasut baru adik oii, nanti dh siap tak elok, menangis tak berlagu tengok kasut 'bertukar wajah'. Lagi satu, kalau nak hasil yang elok,cari pen atau paint yang khas untuk fabrik. Baru la tahan lama kan..
Haa tengok mak enon dah membebel itu ini. Orait, setakat ni je untuk entry Kasut Doodle:)
Tunggu untuk seni felt pulak tau. Tata..