Assalamualaikum dan hai semua!
Jom kita tengok bookmarks pulak kali ni! Siapa-siapa yang rasa dia tu ulat buku, siap sedia kut-kut terjatuh cinta dengan diy bookmarks yang comel ni! >-<
Jom kita tengok bookmarks pulak kali ni! Siapa-siapa yang rasa dia tu ulat buku, siap sedia kut-kut terjatuh cinta dengan diy bookmarks yang comel ni! >-<
Mana satu yang paling comel ye? |
Hai si burung merah! |
Semua penanda buku ni dah jadi milik orang lain! Oh tidak! Buat penat-penat, bagi orang lain. Dah la kena buat sampai 30 keping! Alah...tak mau tak mau. Eh, okay apa bagi orang lain? Betul tak? Haa..sempena hari jadi yang dah lama hari tu, kita ni pon duk penat-penat la buat benda ni untuk kawan-kawan. Siapa yang datang majlis hari jadi yang tak seberapa tu, dapatlah sorang satu. Harap-harap korang suka lah ye. :). Penat tau nak buat! Haha.Jom tengok banyak lagi design bookmarks yang cute ni.
Nanti anda akan nampak lakaran atau bentuk macam gambar kat atas tu, Ala-ala macam anak panah. Boleh agak tak macam mana 'corner bookmarks' tu terbentuk? Lipat-lipat je. Tak faham? Kena tanye miss youtube. Kang tunjuk kat sini berjela-jela pulak.
Alright, sampai sini saja untuk entry kali ni. Kalau ada pertanyaan, boleh tinggalkan di ruang komen. Semoga berguna untuk anda dan dapat inspirasi untuk hasilkan penanda buku sendiri!
Bai!