Selasa, 19 Januari 2016

Quilling Jam Lama

Assalamualaikum semua!
Mulakan hari anda dengan suatu kebaikan bersama niat yang jelas. Okay, tahun baru mestilah azam baru jugakkan! Jom saya nak kongsikan sesuatu untuk semua.
 
 
Nampak tak tu? Tak yah membazir! Mana-mana yang ada jam lama ke, dah rosak ke, masih boleh guna okay. Jimat duit. Nak jadi kreatif, pemikiran mestilah kena kreatif jugak. Tak semestinya nak berseni kraf semua bahan mesti beli baru. Ingat tu! Tak perlu nak pakai duit banyak-banyak. :)
 

 
Gambar kat atas ni masa dalam proses untuk 'membaiki' balik mana yang patut tu. Biasa la, mesti ada je yang tak kena. Tercabut la, senget la.
 
 
Macam biasa, bunga ni antara yang paling senang nak buat. Ingat lagi entry yang lepas, saya ada tunjuk cara nak buat bunga yang senang sangat ni!! Jom Buat Bunga Quilling! Boleh rujuk balik okay.
 
 
 
 
Pandangan dari tepi. Jadi, kalau anda dapat hasilkan sesuatu yang istimewa macam ni, contohnya letak gambar keluarga ke, orang yang tersayang ke, bukan ke rasa lebih puas sebab semuanya hasil tangan kita sendiri? Mestilah seronok!
 
 
Dan hasilnya terjadilah macam ni! Siap jugak setelah bertungkus-lumus tu. tak payah beli frame yang baru-baru tu, pakai balik je mana yang ada.
 
Setakat ni je okay untuk entry yang pertama tahun baru ni.
Bai-bai.