Khamis, 29 Disember 2016

DIY Phone Case! 'Bling and Button'

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik, kisah suka duka 2016 bakal meninggalkan kita. Kejap je dah nak tahun baru. Yang penting azam dan tekad perlu kita semat kemas2 dalam hati untuk jadi lebih baik pada tahun yang akan datang :)

Sorry, kita bagi nasihat sikit je.. tak luak mana pun..untuk ingatkan diri sendiri jugak.. hehe

Nak share pasal apa pulak kali ni? See this...


Detail punya gambar kita bagi tau.. Semua mesti sedia maklum sekarang ni tengah trend phone case yang design meletop2..Ada batu permata berkilau, ada kartun, ada reben bunga2 dan ada jugak yang boleh letak gambar kita sendiri kat phone case tau... harganya pun mesti meletop jugak. haha

Daripada duk berputih mata, meleleh air liur tengok phone case yang meletop tu, meh kita ajak korang buat diy phone case. Tapi tak lah setanding dengan design2 yang dijual di kedai.


Tengok button2 ni, comel kan?? Serius, masa ternampak kat kedai bunga, terus grab. Sebab cute sangat. Beli 3 paket dapat free 1 paket tau. Yang untungnya sebab button bunga tu yang free.


Pakai je phone case yang dah sedia ada. Lagi bagus kalau yang warna plain dan flat surface. Senang unuk hias.Tak susah mana pun, just susun dulu mengikut cita rasa masing-masing okay. Digalakkan pakai hot glue gun untuk lekatkan semua hiasan ni. Kalau pakai gam lain, rasanya mau menangis hari-hari sebab satu persatu tercabut. haha..betul, ni berdasarkan pengalaman tau. Kadang-kadang hot glue gun sendiri pun x berapa nak tahan.


Kalau nak nampak menarik lagi, tambah batu2 sikit. Tapi kita ni bukan boleh bersabar nak lekat batu sebutir demi sebutir, beli la yang macam dalam gambar ni. Senang, lekat terus. Design macam ni mestilah feminin sikit kan. Tapi jangan risau, kalau ada kaum adam yang berminat nak hias sendiri, boleh je. Susah2 sangat, hias dengan black buttons semua. Lepas tu tambah glitter sikit supaya nampak berseri. Takde la kelam je. 



Tadaa! Ni lah hasilnya. Ni nak nasihat sikit, tolonglah supaya tidak berharap sangat yang segala hiasan bagai ni boleh bertahan lama.>_< Jangan putus asa kalau satu persatu tercabut atau lekang. Itu normal kay. Biasanya awal2 tu lah jadi macam tu. Cabut, lekat balik. Cabut lagi..lekat balik.. Sayanglah katakan..Mestilah, buat sendiri kot. 

 Kalau ikutkan batu permata kat tepi tu dah lenyap dah. haha.. Asyik nak tercabut je, last-last cabut terus. Tinggallah butang-butang yang tak berapa  nak berseri tu.

Alright, cukup setakat ni. Kalau ada apa2 nak tanya dipersilakan ya. Tapi jangan marah kalau2 reply lambat. Hehe.. Jumpa di entry akan datang!

Tata!














Khamis, 1 Disember 2016

Kraf Felt : Burung Hantu Datang Dah!

Assalamualaikum.

Hai semua! Jumpa balik kita ya! Haa, pasal apa pulak kali ni? Kan dah janji nak share tentang seni kraf felt. Janji mesti ditepati okay. :) Jom saya ajak semua untuk 'kritik' atau puji hasil kerja untuk kali ni. >_<

BURUNG HANTU DAH DATANG!!

hai kawan-kawan!

Atas usaha yang gigih sangat ni >-< , lahirlah seekor burung hantu buatan sendiri. Kur kur, aik macam panggil ayam pulak. haha.


Baik. Ceritanya mula macam ni ya. Hehe, ada seorang aunty kesayangan kita ni merangkap mak kepada kawan baik yang gila-gila, nak tempah pengikat langsir kat beginner yang tak berapa reti macam saya ni. So, apa lagi, terima je lah kan. Rezeki jangan ditolak. Daripada masa tulah, duk gigih jahit sana jahit sini. First time buat kan, lambat la sikit proses siapnya.


Nampak gambar kat atas ni? Kalau ada masa nanti saya share macam mana nak buat reben yang comei ni. Senang je. Siapa - siapa yang terer tu mesti tau dah macam mana nak buat reben ni dengan sekali tengok gambar je. :)


Pergi kat mana-mana supermarket, rembat je kapas gulung yang ada. Kapas macam ni lah yang diguna untuk burung hantu yang sekor ni untuk kasi dia gemuk sikit.


Nama pun pengikat langsir, jadi kita jahit sekali reben kain yang besar sikit lebar dia supaya senang nak ikat. Ish burung hantu ni, siap ada rantai lagi..haha.. tu maknanya burung hantu betina. Tup secoet reben kat tepi kepala. 

Alright, setakat ni je untuk entry burung hantu. Tata!






Jumaat, 14 Oktober 2016

Kasut Doodle!

Assalamualaikum.

Dah lama kita tak update blog kan? Selamat bertemu kembali :) Ececeh..
Cukup-cukup, tak payah nak merepek lama-lama sangat. Nanti bosan pulak korang baca entry kali ni. Ye dak?

Jom, kita cuci mata tengok kasut yang diubah suai sampaikan malu tuannya nak pakai>_<


Nak tergelak ke nak 'terkutuk' bila tengok gambar kat atas ni?? Hahaha.. Kutuk pun kutuk la. Ni siapa punya kasut? Ada orang nak pakai ke? Alahai colourful betul.. Mesti segan kalau nak pakai.

Saya punya la tu... siapa lagi.. memang tak pernah pakai langsung. Ini buat doodle ni pun sebab nak lepas gian duk conteng-conteng kat kasut sekolah lama.


Terus terang conteng kasut ni pakai pen je tau. Tak de pakai paint atau pen yang khas untuk fabrik. Betul.. Nampak tak dalam gambar tu ha, guna pen SHARPIE je.


Ini lawak. Duk beria lukis siap warna lagi bahagian yang kat tengah ni. Alahai, nama pun kasut tali, mana la nak nampak yang bahagian tu. Memang betul excited sangat lukis kat kasut. -_- Ish3....

Okay, ni contoh je la. Siapa-siapa yang teringin nak berseni dengan kasut sendiri, silakan. Cuma nasihatnya, fikir dulu apa nak lukis/lakar sebelum buat. Kang nanti comot la, tak menjadi la, haaa mula la nanti nak merungut.  Tak salah nak 'bereksperimen'. Tapi kalau tak yakin, jangan la duk menconteng kasut baru adik oii, nanti dh siap tak elok, menangis tak berlagu tengok kasut 'bertukar wajah'. Lagi satu, kalau nak hasil yang elok,cari pen atau paint yang khas untuk fabrik. Baru la tahan lama kan..

 Haa tengok mak enon dah membebel itu ini. Orait, setakat ni je untuk entry Kasut Doodle:)

Tunggu untuk seni felt pulak tau. Tata..




Rabu, 1 Jun 2016

Jom Kita Hias BUKU NOTA!

Assalamualaikum dan hai semua! 
Mak aih, dah lama tak update semenjak kebelakangan ni. Blog pun dah berhabuk bersarang lebat. EH! merepek apa ni?? Ha...tak payah buang masa membebel je kerjanya. Jom, apa tajuk untuk entry kali ni? Siapa yang suka sangat dengan buku nota? Suka sangat beli buku nota yang kulit tebal warna-warni tu. Betul tak? Kepada peminat buku nota tu, meh sini kita belajar hias buku nota sendiri.

Tara!!

Kenapa? Tak cantik? hmmm..saya buat setakat yang mampu je lah. Kalau dah mood malas tu macam ni la hasil kerjanya. Korang boleh buat lagiii cantikk ye? Semuanya bergantung pada usaha dan mood...>_<..haha


Buku nota coklat ni sebenarnya dapat free..heheh..korang kalau nak hias sendiri beli buku nota yang cover dia kosong,baru lah murah sikit kan. Okay, first sekali, gunting 'apa yang patut'. Apa tu? Haha. Macam dalam gambar kat atas tu, saya tulis ayat 'kerana saya seorang pelajar'.  Terpulang lah kan nak tulis apa pon, buku sendiri maa. Tak kisah la nak tulis apa, nak gunting apa, asalkan ada. Nak lagi cantik guna gunting yang ada corak-corak.


 Okayh. Nampak tak gambar kat atas ni? Yang ni memang set lengkap puncher yang ada. Boleh dapat dalam satu set atau beli satu-satu. Kalau penggemar seni kraf tu, biasanya memang ada macam-macam puncher tau. Mahal lagi kot. 


Kalau nak effect lagi boom, boleh guna kertas glitter macam-macam warna. Barulah ceria kan.


Dalam proses menghias. Bersepah tu jangan cakap la. Tiba-tiba dapat idea nak promote blog sendiri, haha. Usaha la lekat kat bahagian bawah buku tu. Hehe.


Ini lah hasil yang tak berapa nak memuaskan. >_<
Sebenarnya buku nota ni dah lama siap awal tahun hari tu. Baru hari ni ada peluang nak update kat blog. Teruk betul la..


Nak jugak hias bahagian belakang tu! Ni lah hasilnya. Simple je. Tak mau sarat-sarat. Kang orang tengok macam over pulak.

Dah habis dah. Setakat ni je untuk perkongsian buku nota. Selamat mencuba!




Sabtu, 26 Mac 2016

Oh My Cute Bookmarks!

Assalamualaikum dan hai semua!
Jom kita tengok bookmarks pulak kali ni! Siapa-siapa yang rasa dia tu ulat buku, siap sedia kut-kut terjatuh cinta dengan diy bookmarks yang comel ni! >-< 


Mana satu yang  paling comel ye?
Hai si burung merah!
Semua penanda buku ni dah jadi milik orang lain! Oh tidak! Buat penat-penat, bagi orang lain. Dah la kena buat sampai 30 keping! Alah...tak mau tak mau. Eh, okay apa bagi orang lain? Betul tak? Haa..sempena hari jadi yang dah lama hari tu, kita ni pon duk penat-penat la buat benda ni untuk kawan-kawan. Siapa yang datang majlis hari jadi yang tak seberapa tu, dapatlah sorang satu. Harap-harap korang suka lah ye. :). Penat tau nak buat! Haha.Jom tengok banyak lagi design bookmarks yang cute ni.



Jenuh jugak nak fikir apa karakter nak buat. So,terjadilah burung, cupcake, bunga dan monster jangan cakap lah memang banyak! Design rama-rama dan kucing main buat je. Lady birds tu tersesat satu. haha. Sebab tak tau dah nak buat apa.



Siapa sekarang rasa excited sangat nak buat sendiri? Alah, buat sendiri je daripada beli mahal-mahal. Kalau nak jimat la. Tapi sebelum tu mintak maaf sangat-sangat sebab tak sempat nak tangkap gambar step by step masa tengah buat bookmarks ni. Kalau tak boleh la share macam mana nak buat. Tapi jangan risau, pak cik google boleh bantu. Try search CORNER BOOKMARK. Mesti ada.

Nanti  anda akan nampak lakaran atau bentuk macam gambar kat atas tu, Ala-ala macam anak panah. Boleh agak tak macam mana 'corner bookmarks' tu terbentuk? Lipat-lipat je. Tak faham? Kena tanye miss youtube. Kang tunjuk kat sini berjela-jela pulak. 




Alright, sampai sini saja untuk entry kali ni. Kalau ada pertanyaan, boleh tinggalkan di ruang komen. Semoga berguna untuk anda dan dapat inspirasi untuk hasilkan penanda buku sendiri!
Bai!






Selasa, 19 Januari 2016

Quilling Jam Lama

Assalamualaikum semua!
Mulakan hari anda dengan suatu kebaikan bersama niat yang jelas. Okay, tahun baru mestilah azam baru jugakkan! Jom saya nak kongsikan sesuatu untuk semua.
 
 
Nampak tak tu? Tak yah membazir! Mana-mana yang ada jam lama ke, dah rosak ke, masih boleh guna okay. Jimat duit. Nak jadi kreatif, pemikiran mestilah kena kreatif jugak. Tak semestinya nak berseni kraf semua bahan mesti beli baru. Ingat tu! Tak perlu nak pakai duit banyak-banyak. :)
 

 
Gambar kat atas ni masa dalam proses untuk 'membaiki' balik mana yang patut tu. Biasa la, mesti ada je yang tak kena. Tercabut la, senget la.
 
 
Macam biasa, bunga ni antara yang paling senang nak buat. Ingat lagi entry yang lepas, saya ada tunjuk cara nak buat bunga yang senang sangat ni!! Jom Buat Bunga Quilling! Boleh rujuk balik okay.
 
 
 
 
Pandangan dari tepi. Jadi, kalau anda dapat hasilkan sesuatu yang istimewa macam ni, contohnya letak gambar keluarga ke, orang yang tersayang ke, bukan ke rasa lebih puas sebab semuanya hasil tangan kita sendiri? Mestilah seronok!
 
 
Dan hasilnya terjadilah macam ni! Siap jugak setelah bertungkus-lumus tu. tak payah beli frame yang baru-baru tu, pakai balik je mana yang ada.
 
Setakat ni je okay untuk entry yang pertama tahun baru ni.
Bai-bai.