Jumaat, 27 November 2015

Seni Doodle Yang Menyeronokkan!

Assalamualaikum semua!
Ceria selalu ya!
 
 
Ape pulak doodle ni? Kalau peminat doodle ni mesti tau punya. :)
Doodle ni lebih kurang macam kita lakar sesuatu tanpa batasan gitu. haha. Kiranya macam kite lukis je, kite lakar je ape kita nak tanpa ada 'arahan' atau 'turutan'. Entah betul ke tak ape saya cakap ni? Haha. Jom tengok beberapa hasil seni doodle yang saya buat. Yang dah lapuk pun ade.
 
 
Yang atas ni kira main lakar je. Dah lama dah ni. Penuh satu page tu saya buat. ngee
 
 
Ahaaa!! Hebat sangat la tu snap dari sudut yang sangat sesuai tu! Haha.. Yang ni pun betul tak tipu main lukis je. Mase ni baru berjinak-jinak dengan doodle.
 
 
Gambar yang atas ni comel tak? Comel kan? Yang ni inspired by PIC CANDLE. Seni ilham daripada Pic Candle memang yang terbaik tau. Try la search kat pak cik Google tu. Pic Candle pun ade sediakan video jugak untuk peminat doodle.
 
 
Yang sebelah kanan tu fotostat daripada yang kiri yang dah habis tu. Lepas tu bile bosan mulalah jari ni ligat mewarna tak tentu arah. Macam2 warna ade. Guna oil pastel atau krayon. Tapi yang ni oil pastel tak silap, maklumlah dah lama tinggalkan.
 
 
 
 
Sorry gambar terbalik pulak. 2 gambar ni pun ilham daripada Pic Candle jugak.
 
 
Yang kertas kecik ni ilham sendiri tau. Malas nak lukis besar2, buat je lah dalam memo ni.
 
 
Omey tak saya? haha.. kartun ilham sendiri. Untuk entry yang akan datang nanti In Shaa Allah saya akan kongsikan seni doodle yang terbaru jugak la. Doodle Names.
 
Assalamualaikum. Bai2.
 
 
 
 

Selasa, 17 November 2015

Kad Hari Jadi (Lots OF Love)

Assalamualaikum..
Sihat semuanya? Kene la jaga kesihatan diri, lagi-lagi cuaca yang tak menentu sekarang ni. Ape perkongsian kali ni? Asyik kad hari jadi jeh. Haha. Jangan risau, lain kali cerita pasal DOODLE pulak. Kenapa pulak timbul Lots Of Love ni? Nak jugak bahasa inggeris tu..hehe..
 
 
Birthday nya dah lama dah. Awal tahun hari tu...alahai. Dah nak akhir tahun baru ade peluang nak update. Kad express ni special untuk dia orang ni. Lagi-lagi budak 2 orang yang nakal tu.
 
 
Haaa.. Nampak tak love yang banyak sangat tuu? Nak cepat siap, habis duk menggunting jer love ni. lepas tu, tampal..siap! Warna-warni kan. Baru la ceria.
 
 
 

Setakat ni je okay. Tunjuk gambar je lebih..haha
Tunggu entry akan datang ye!
Bai-bai. Assalamualaikum
 
 

Rabu, 11 November 2015

Quilling Typography ( Seni Yang Harus Dicuba)

Assalamualaikum!
Jawab jangan tak jawab eh. haha. Dah nak dekat cuti panjang ni ade la mase ckit nak update blog. Kalau tak jangan harap ade peluang nak update mase tengah study..ngeee.. Dah-dah. Asyik merungutt je kan, tak de keje lain. Ape pulak perkongisan kali ni? Quilling Typography? Excited x? Ape bende tu?
 
 
Tengok gambar kat atas ni. Nampak tak quilling dalam tulisan tu. Mesti boleh agak dah quilling typography tu macam mane kan? Saya nak terang secara detail pun bukannya pandai sangat (mengaku tu)..haha...
 
 
Kalau berkaitan dengan typography mestilah ade 'seni' tentang 'tulisan'. Mase mula-mula buat bende ni mmg menguji kesabaran betul. Sabar je lah. Ade je gam yang menceceh tu. Ade je kedudukan tak betul. Tapi bila tengok hasil dia, mmg rasa puas hati. Ye la kan.. Dah buat payah-payah, mesti nak hasil yang terbaik untuk customer kita.. :)
 
 
 
 
 
 
Banyaknya bod nama kat atas ni. Thank you Aima sebab sudi tempah! Nak dijadikan hadiah hari jadi untuk insan tersayang :)..Tq jgk kepada Syahirah yang tempah TUN untuk ibu tercinta. Terima kasih kawan-kawanku. Dapatlah sikit pengalaman buat bende ni.
 
 
 
Guna penyepit! Alat ni lah yang jadi penyelamat. Kalau tak de memang payah la jawabnya.
 
 
Tunggu perkongsian yang akan datang tau!
Jumpa nanti.
Assalamualaikum
 
 
 
 
 

Isnin, 9 November 2015

Wedding Guest Book Merah Mempesona

Hai! Assalamualaikum semua!
Apa plan untuk cuti sekolah akan datang? hmmm...bercuti dengan keluarga? Duk rumah je ke?
Atau jalan-jalan dengan kawan? Tak kisah la kan..asalkan apa yang kita buat x mensia-siakan masa yang berharga ni..okayh.. entry kali ni saya nak kongsikan sikit pasal wedding guest book pertama yang saya buat. Tarikh dah lama tapi baru hari ni ade peluang nak update. Sabo je lah! Kalau dah excited tu macam-macam nak cerita :)

 
Nampak tak gambar atas ni? uwaa..cantik tak?! Excited lebih..haha..setelah memerah otak macam mana nak fikir design yang menarik, terhasilah macam tu..banyak bunga dan cara penyusunan pun kene la pandai-pandai letak supaya nampak kemas tau. Dan temanya Merah Mempesona. Ek eleh. mempesona ke saya buat. harap-harap ye la dak.? Dah buat yg terbaik untuk hasil yang terbaik! cewah. dan semoga cousin saya tu suka buku ni. cerita banyak-banyak bosan pulak. meh tengok gambar-gambar yang sempat saya snap mase proses 'penghasilan'. hehe.. bukan saya snap, ade orang baik hati yang saya sayang tolong snapkan..tq!!

 
Nampak gambar kat atas ni? Mestilah boleh agakkan yang ni tengah perah otak macam mana nak hasilkan penyusunan yang terbaik! Kene la bagi cantik dulu lapisan pertama buku ni. Namanya pon dah merah mempesona, wajiblah ade warna pink sekali, kalau xde memang tak sah!
 
 
Proses penyusunan bunga yang terbaik!!
 
 
Gam jangan tak gam!
 
 
Uwaa! Dah siap. Cantik tak? Haha.
 
 
Proses menampal batu-batu yang berkilauan. Cewahh. Untuk nampakkan lagi menarik buku ni, tambah lah batu-batu comel ni. Sabarr je lah kalu ade yang tercabut balik tu.

 
Cantik tak bunga ni? Sape yang tau quilling mesti tau bunga ni antara yang senang nak buat. Tak lengkap kalau bunga xde daun kan? Kene la tambah sikit bagi nampak hijau-hijau tu.
 

 
Untuk nama kedua-dua mempelai pulak saya guna felt. Gandingan warna pink dengan biru. Atas permintaan cousin yang tersayang ni, nak buat A & A. So gagahkan jugak potong bentuk tulisan ni tau. Kene la pandai-pandai potong. Sape-sape yang jenis tak sabar tu memang rase keje ni leceh tau.








 
Handmade Aizara Artz! Harap-harap dengan pengalaman yang pertama buat wedding guestbook ni dapatlah saya kembangkan lagi bakat seni ni! In Shaa Allah.
 
Kita jumpa lagi nanti!
Assalamualaikum.