Ahad, 27 Januari 2019

Special Handmade Pop Up Card

Assalamualaikum Semua !
 
 
Dah lama sangat tak update blog. Dah masuk tahun 2019! How times flying fast.
Okay guys. Tak mau cerita panjang-panjang, moh kita tengok ape yang ada untuk entry kali ni.
 
 
Tadaa ! Special birthday pop up card and quilling for my parents. Baru berkesempatan nak share dengan semua. Padahal kad ni dah lama dah, hehehe, tahun 2017 punya. But seriously, yang ni antara kad yang 'terbesar' saya pernah buat untuk someone yang special sahaja. Jom kita tengok ada apa kat 'dalam' kad ni.
 
 
 
 
 
Alright. Yang anda semua tengok dalam gambar ni hanya 50 % je. Belum siap sepenuhnya. Maklumlah, untuk insan tersayang, mesti private and confidental tau! Hahaha. Gambar yang dah siap sepenuhnya kita tak dapat share sebab yang tu rahsia..shuhh. Hihi.
 
Okay move on, saya just nak kongsi dan tunjuk kepada semua macam mana sebenarnya 'struktur' kad ni.
 
 
Masa ni jenuh perah otak macam mana nak bagi 'grand' kad ni. Macam special effect gitu. Don't worry, siapa-siapa yang teringin nak buat kad macam ni, boleh search cara nak buat pop up card tau. Kebiasaannya paling simple kita akan belajar cara buat pop up kad dalam bentuk kek (ala-ala tangga). Untuk kad dalam gambar ni, memang main taram je nak gunting ikut mana. Suka-suka hati. Sebab nak tampal gambar-gambar kenangan family, so tak terikat untuk gunting ikut tema pun. 
 
 
Nak bagi kad ni naik serinya, potong banyak-banyak circle daripada kertas warna. Kali ni guna 1 warna je, sebab tak nak bunga quilling nanti tenggelam sebab terlalu banyak warna. Then, tampal sekeliling kad. Senang kan?
 
 
Dan tak lupa, you guys should use these dolly papers yang sememangnya akan cantikkan kad. For this time, I use white. Supaya senang nanti kita nak berkarya kemudian disebabkan warna latar belakang yang pastel.



 
Guna kertas glitter, kita punch banyak2!

 
Ni lah hiasan comel yang menghiasi kad kali ni. Guna kertas lut sinar nak lekatkan macam tu.  Tak susah pun.
 
 
 
Ni lah hasil terakhirnya! Untuk sentuhan terakhir, tampal manik dan bentuk bunga daripada yang kita punch tu. Dan siap!
 
Okay, itu saje untuk entry kali ni. Kita jumpa di lain hari.
 
Assalamualaikum.